Monday, September 12, 2011

SAMBAL TAUN BUKAN SAMBAL TA'UN


Sambal taun~~~~~
Kenapa dinamakan sambal taun? Sambal taun memang amat sinonim dengan orang-orang berketurunan Jawa..aku bangga kerana aku berketurunan Jawa..tinggal dalam kelompok Jawa..berkahwin juga dengan orang Jawa...hehehe...walaupun sekarang ramai orang berketurunan Jawa malu nak mengaku Jawa.....bercakap pun pelat Jawa tapi masih tak mahu mengaku anak Jawa...hehehe oppps...maaf kalau ada yang terasa...ada juga yang bergurau-gurau...aaa Jawa Totok...apa tu Jawa Totok? Jawa pekat/ Jawa kuno? Aku tak kesah pun kalau orang kata aku ni Jawa Totok...

Sambal taun...adalah hidangan istimewa orang Jawa...bahan utamanya adalah lengkuas dan cili api...wau.....tersangatlah pedasnya....kalau orang Negeri Sembilan terkenal dengan masakan pedasnya....tapi tak boleh lawan dengan sambal tahun....mau meleleh semua cairan kat badan pada sesiapa yang memakannya...kalau yang tak tahan pedas tu jangan cuba-cuba untuk mencubanya hehehe...takut nanti bergegar 1 rumah.

Sambal taun...mmg pedas boleh tahan seminggu atau lebih...

Kalau ada sesiapa nak try...meh tengok resepi ini...

Sambal Taun

Bahan2

1 kg lengkuas hiris nipis
1 mangkuk (bekas tau fu fa) cili api....
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji kelapa ambil santan asingkan yang pekat dengan yang cair...
isi kerang
sedikit asam, gula dan garam
sedikit bilis

Cara2nya
1. lengkuas dan cili api serta bawang dilayukan dalam kuali..
2.masukkan santan cair dan rebus lengkuas hinga lembut dan nampak cili api dah mula pecah..
3. masukkan kerang
4. masukkan santan pekat...
5. bubuh sedikit asam jawa, gula dan garam biarkan mendidih

* kerang..boleh digantikan dengan kulit lembu, perut lembu udang, ayam....ikut suka.

kenapa jadi sambal taun....kalau kuah dah kering...buatkan santan..bubuh bawang merah bawang putih...gula asam, garam...rebus sampai mendidih...berulang2 sehingga hilang pedas da rasa lengkuasnya...dan jangan lupa isinya..keraaang...atau apa2 yang disukai...

Wednesday, December 15, 2010

KEK COKELAT MOIST



I got this recipe from my emak saudara. real easy steps with simple ingredients easily available. at first mcm sayang nk share, hehe.. tapi tak luak ape2 pon kn? so here it goes:

utk loyang sederhana;

  • 2 eggs
  • 1 cup sugar
  • 1 cup susu pekat manis
  • 1 cup cooking oil
  • 1/2 cup serbuk koko or 2 cup serbuk koko for chocholate drink. milo also can
  • 1 cup boiling water (ye.. air panas.. yg baru mendidih punya)
  • 2 cups flour (tepung gandum biasa je, xyah yg naik sendiri ke hape. better diayak dulu)
  • 1/3 teaspoon bicarbonate of soda@sodium bicarbonate. NOT baking powder

utk loyang kecik, semua half~

see? semua bahan senang je kan?

the steps? just as simple, masukkan bahan2 tadi in a besen ke mangkuk ke mengikut turutan. tapi after each step, pukul.. kacau pakai senduk pun ok. tp kena laju2 ler.. mcm org pukul kek.. then tuang ke dlm loyang yg sudah di sapu dgn majerin. kukus selama lebih kurang 3 jam gitu. sentiasa check air kukus n agak2 nk masak tu, check kek pakai lidi ke garfu ke (tengok melekit x). bila dh ok. tunggu sejuk tau. baru leh potong. ha. sblm tu, bila atas kek dah keras (dlm 1/2 jam b4 keluarkn), boleh la hias dgn ape2, i like chocholate chips! many many! haha.

selamat mancuba

WAJIK KASIRAT (JENANG KERISIK)

Buat pertama kalinya aku mencuba Wajik Kasirat ini. Biasa memakannya masa dulu-dulu kalau balik kampung dan ada kenduri-kendara. Sekarang agak susah untuk mendapatkannya walaupun di pasar-pasar malam. Resipi ni aku jumpa di pelipatan buku masak mak, ada banyak keratan-keratan majalah yang mak simpan. Jadi sebelum satu lagi juadah tradisional ini pupus dari ingatanku, aku ambik kesempatan ini untuk mencubanya walaupun hanya sekali ini.



WAJIK KASIRAT

Bahan-bahan :
500gm beras pulut
1/2 biji kelapa parut, dijadikan kerisik
2 cawan santan
300gm gula putih, dijadikan gula hangus

Cara-cara:
1. Beras pulut dibasuh dan ditoskan hingga kering.
2. Kemudian digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan dikisar halus.
3. Gaulkan beras pulut bersama kerisik.
4. Gula putih dibuat gula hangus (caramel) dan dituang ke dalam santan. Dimasak hingga mendidih.
5. Masukkan beras pulut bercampur kerisik ke dalam santan yang mendidih. Kacau sehingga masak,
kelihatan likat dan berkilat.
6. Sentiasa kacau sehingga pekat, lebihkurang 10 minit ke 15 minit.
7. Tekan di dalam loyang yang beralas daun pisang.
8. Sejukkan sebelum dipotong.

BAHULU KEMBOJA



Bahan-bahannya:


1 cawan tepung gandum
1 cawan telor - dalam 4 biji
1 tin santan
1 cawan jus pandan
3/4 cawan gula
1/2 camt garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan - disangai terlebih dahulu tanpa minyak
Sedikit margerin/minyak

Cara membuatnya:

1. Panaskan Oven 150 darjah.
2. Blend semua bahan di atas sampai sebati.
3. Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Lenserkan acuan dengan margerin/minyak.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tutup. Biarkan selama 5-8 minit. Kemudian taburkan bijan.
5. Kemudian masukkan acuan tadi ke dalam oven dan bakar hingga kekuningan.
6. Sedia untuk dihidangkan.

APAM BALIK



Apam balik versi suamiku...

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

PISANG NANGKA REBUS SALUT KELAPA MANIS.



Teringat dulu waktu kanak-kanak, mak selalu buat sarapan ini, tapi masa tu tak heran pun..agaknya dah jemu kot...kalau dapa roti canai tu ...wahhh..seronok sangat..sebab jarang jumpa.

Sekarang bila teringa zaman kanak teringat macam-macam ..kadang-kadang boleh senyum sendiri....

Jalan-jalan kat luar tadi ternampak pokok pisang nangka kat depan rumah yang suami tanam dah masak...hmmm apa lagi aku terus tebang je lah....yanga dah masak tu aku rebus...cicah ngan kelapa manis...sedap......

Makan petang-petang cam ni ....tengah hujan lebat...wauuuu........

Tuesday, December 14, 2010

BUTTER PRAWN



Bahan-Bahan nya:

1 kg udang besar/udang galah /udang harimau-belah belakangnya
minyak
250 gm unsalted butter (yg tak masin punya ok, mmg lah unsalted tu tk masin la)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang) jgn pedas sgt nanti tak sedap
8 biji kuning telur
250ml susu cair full cream
aji no moto (jgn letak byk nanti rambut gugur. ye ke?)
garam
gula
1 sd teh sos ikan


Cara memasaknye

Perap udang dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Jangan masak sangat. Toskan. Pukul kuning telur dan susu hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masuk cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Kalau nak lebih bersarang, petuanya kuali itu kena betul2 panas.

Toskan kejap hilangkan minyak2 tu semua. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

Makan dgn nasi panas2 atau ratah aje.

Selamat mencuba. kena buat hr ni jugak tau. then show off macam i ni okey.

SARDINE MASAK KICAP



Hee..masakan emak dolu2...la ni anak2 aku lak gila makan sardin..ntah la. kadang2 diaorg prefer ni lagi dari makan ikan yg fresh tu..masak dia sempoi aje..


Bahan-bahannya

1 tin sardin

1 biji bawang besar-hiris bulat

2 ulas bawang putih-hiris

2 biji bawang merah-hiris

1 biji ubi kentang-potong kecil n goreng dulu

1 in halia-hiris

1 biji cili merah/hijau-hiris

lada hitam-tumbuk/ lada putih boleh aje

sedikit kayu manis dan bunga lawang

kicap manis

minyak


Cara-caranya

tumis bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis n bunga lawang hingga naik bau. masukkan ikan sardin tanpa kuah..goreng sebentar. masukkan kuah sardin berserta kicap, cili, ubi kentang dan lada hitam. gaul sebati, didihkan.(tambah sket air jika terlalu pekat) dan hidangkan…..

BUBUR ASYURA






Bahan-bahannya
1 tin susu beras, dicuci bersih
1 liter santan
1 cawan kacang hijau (yang telah dibuang kulit)
1 cawan kacang dhal
1 cawan kacang tanah
1 cawan kacang merah
1 cawan kacang gajus
1 tin kacang kuda
1 tin kacang parang
3 biji kentang, didadu
1 batang lobak, didadu
1 cawan daging cincang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
4 tangkai bunga cengkih
Sedikit bunga lawang
Air secukupnya untuk merebus beras dan kekacang
Secukup hirisan telur yang telah didadar, untuk hiasan
Secukup daun sup
Secukup bawang goreng
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak/ minyak sapi untuk menumis

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
4 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan
2 sudu teh serbuk lada putih
½ cawan udang kering, direndam dan dibersihkan



Cara-caranya

1. Kacang dhal, kacang hijau (tidak berkulit), kacang tanah, kacang merah dan beras yang telah dibersihkan dimasukkan kedalam periuk besar dan direbus bersama air sehingga ia kembang selama 1 jam. Air mestilah banyak dan cukup untuk mengembangkan kekacang dan juga beras.
2. Masukkan kacang gajus rebus lagi sehingga empuk.
3. Masukkan pula kentang dan lobak yang telah dipotong dadu dan masak sehingga ia empuk.
4. Tumis Darat: Menggunakan kuali yang berasingan, panaskan secukupnya minyak sapi/ minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan juga bunga lawang. Tumis bahan yang telah dikisar sheingga naik bau. Masukkan daging cincang dan masak sehingga ia bertukar warna. Masukkan juga garam dan juga serbuk perasa. Angkat dan ketepikan.
5. Didalam periuk yang berisi bubur tadi , masukkan santan. Biarkan ia mendidih sekejap. Masukkan pula kacang kuda dan kacang parang dalam tin (kacang in tidak perlu direbus terlebih dahulu kerana telah pun empuk jadi masukkan pada waktu terakhir). Gaul rata bubur tersebut dan masukkan pula rempah yang telah ditumis secara darat tadi. Gaul rata dan rasakan garamnya, tambah jika perlu.
6. Masukkan secukupnya hirisan daun sup dan bawang goreng. Gaul rata bubur tersebut dan siap untuk dihidang. Hidangkan bubur ini sewaktu ia panas dan hiaskan bersama hirisan daun sup, bawang goreng dan juga hirisan telur yang telah didadar.


p/s...semua kekacang hendaklah direndam dahulu hingga kembang ....supaya cepat empuk...

Monday, December 13, 2010

ROJAK ( LENGGANG PERUT)


Biasanya orang berketurunan Jawa saja yang pandai buat rojak ni...dan ianya pun jarang dibuat kecuali kalau ada majlis lenggang perut (wanita mengandung 7 bulan)...mitoni (bahasa jawa)..


Bahan2nya

Limau bali dan seumpamanya(dikupas)
nanas (dipotong kecil)
mangga muda(dipotong kecil)
air asam jawa
gula
garam
belacan(dibakar)
cili api(ditumbuk kalau nak pedas bubuh la lebih)

campurkan semua bahan diatas gaul sampai sebati
rasa hingga sesedap rasa...

NASI DAGING.


Daging Qurban banyak lagi...pening nak masak apa....dapat idea dari Tembamku ...masak nasi daging....ting!!! Jom kita masak...



NASI DAGING

Bahan:

1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan] /aku x leak pun...sbb x de dalam stock...
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran, Air Asam, ayam masak merah, acar mentah...

PIZZA SEGERA


Anakku yang kecil ni kalau nak apa2 mesti nak segera...tak kira waktu...kadang2 memang menguji kesabaranku juga...Semalam dia minta pizza...adoi mana aku nak buat pizza dengan cepat...akhirnya dapat juga idea...nak kongsi??


Bahan-bahan:

Pizza Segera ni hanya menggunakan roti sandwich, sayur campur, bawang besar (dadu), sos cili & tomato, oregano, sosej (rebus dulu, hiris bulat2) dan keju cheddar (slices). Nak cepat kan...


Nak buat pun senang je:

  1. Sediakan 2 biji tudung periuk (dah kata nak cepat kan) yang disapu marjerin.
  2. Susun 4 keping roti ke atas setiapnya.
  3. Sapukan sos rata-rata.
  4. Taburkan sayur campur.
  5. Letakkan sosej.
  6. Taburkan bawang.
  7. Taburkan serbuk oregano.
  8. Letakkan sekeping keju cheddar atau koyak-koyakkan.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 180 selama 10 minit.

Selamat Mencuba.

DONUT



Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus/coklat cair/ apa2 saja yang menjadi kegemaran...

Sedia untuk dihidangkan.